
LIFE IS TOO SHORT TO BE ANYTHING BUT HAPPY .. SO KISS SLOWLY ,LOVE DEEPLY ,FORGIVE QUICKLY . TAKE CHANCES & NEVER HAVE REGRETS . FORGET THE PAST BUT REMEMBER WHAT IT TAUGHT YOU ..
Hye my dearest ! i’m come back from my world .. hehee ..soooo miss diz blog .. entry pun ntah ape-ape kan ..
Tapi hari ni aku nak bagitahu semua orang yang aku happy !!!! sangat-sangat !!! hehee ~ Because i got my LIFE .. ~ hihihi !..
And this entry just for my future husband or BAKAL IMAMKU .. InsyaAllah ..
Dah jom hayati my entry .. =)
...........................................................................................................................
Setiap nafas yang dihembus .. setiap jantung yang berdegup .. setiap nadi yang berdenyut .. selami .. mendalami .. apa yang kau ingini~
Untuk bakal imamku,mungkin bakal permaisurimu ini seorang yang degil , kasar kadangkala , suka merajuk untuk dipujuk , mengada-ngada , dan sebagainya . Jadi , bersabarlah , tabahlah wahai bakal imamku .
Buat bakal imamku ,
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang ,
Aku berharap .. Jika nanti Allah mempertemukan kita ..
Kau akan selalu membimbingku menjadi wanita yang solehah ..
Yang nantinya menjadi bidadarimu di syurga ..
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat ..
Buat bakal imamku ,
Andai kau ditakdirkan menjadi ayah kepada anakku ,
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita ..
Agar mereka menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat nanti ..
Iaitu anak yang soleh dan solehah ..
Yang boleh memjunjung tinggi Agama Allah ..
Buat bakal imamku ,
Andai kau ditakdirkan untukku ,
Aku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku ..
Kau boleh menjadi imam yang telus dalam masjid yang kita bina bersama ..
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumahtangga kita ..
Kau boleh menyintai aku apa adanya ..
Dan boleh menyingkap kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan ..
Dan andai aku salah ,
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh kelembutan dan kebijaksanaan ..
Andai aku marah ,
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu ..
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan ..
Andai aku terlupa ,
Ingatkanlah aku tanpa kemarahanmu ..
Agar aku teringat tanpa ketakutan ..
Dan agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita ..
Kerana ,
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam masjidku ..
Yang boleh selalu membawa aku ke jalan yang diredhai Ilahi ..
Jalan yang menuju ke syurga-Nya bersama dirimu ..
Buat bakal imamku ,
Andai aku pergi dahulu memenuhi jemputan Ilahi ..
Juga didik mereka mengingati aku,ibunya ..
Ku menunggumu di syurga-Nya ..
InsyaAllah .. amin .. amin .. amin ..
Hanya ini yang aku pinta dari bakal imamku ..
*fewiiittt ! touchingnyeeeee ! hehee .. anyway kepada yang bakal jadi imamku ituuu dah bersedia ke pikul tanggungjawab sebagai seorang SUAMI , AYAH untuk aku dan anak-anak aku ? .. hehehe
Buat yang terakhir untuk bakal imamku , semoga kita bertemu nanti .. i’m wait till u come ~ Thanks God ..
No comments:
Post a Comment